Wednesday, June 30, 2010

SIAPAKAH MUKMIN PROFESSIONAL?


" Mukmin professional adalah mereka yang berkemampuan dalam menyajarkan dan menyepadukan pelaksaan fardhu ain dan fardhu kifayah, tanggungjawab hamba dan khalifah, kesinambungan ilmu naqli dan ilmu aqli, kesucian zikir dan kekuatan fizikal kehidupan...."

Realiti kehidupan masa kini, ISLAM sedang hebat di landa pelbagai cabaran dan rintangan, bak dari dalaman apatah lagi luaran. "Bencana rohani" seperti perpecahan, perang saudara, rasuah, keruntuhan akhlak yang pesat berkembang dengan kelajuan "bullet train" amat menggusarkan dan membimbangkan kita sebagai insan yang perihatin dengan ISLAM sebagai addin kita.

Hakikatnya, bencana rohani ini jauh lebih dasyat impaknya keatas ISLAM berbanding bencana alam yang meragut puluhan bahkan ratusan ribu nyawa seperti tragedi di ACHEH dahulu. tetapi sedarkah kita bahawa kedua-dua bencana ini saling berkaitan antara satu sama lain. Tepuk dada tanya di dalam hati kecil anda.

Berikutan faktor bencana rohani inilah ISLAM di pandang rendah, hina malah lebih dasyat lagi ISLAM dilabelkan sebagai pengganas. ISLAM bukan sahaja rendah di mata kafir di luar sana, malahan di kaca mata orang ISLAM sendiri yang mana mereka ini jahil sama sekali tentang ISLAM. Nama dan agama pada kad pengenalan sahaja tertera sebagai penganut ISLAM, tetapi akhlak dan kehidupan melambangkan yang sebaliknya.

Umat ISLAM pada masa kini, hari ini, di saat ini memerlukan satu proses penjenamaan semula yang total dan menyeluruh. Bukan berniat menubuhkan aliran apatah lagi agama baru, tetapi mencari pendekatan kontemporari dalam membawa kembali umat ISLAM ke acuan sebenar ISLAM seperti yang diperjuangkan Rasulullah saw.

Usaha ini merupakan satu keperluan memandangkan sudah acap kali ISLAM terhukum dek kerana kelemahan umatnya sendiri. Bukan kelemahan ISLAM kerana ISLAM tiada kelemahan, tetapi kejahilan umat ISLAM itulah yang membayangkan seolah-olah ISLAM itu lemah.

Penampilan NICE 2010 dengan moto PROFESSIONAL MUKMIN 24/7 di rasakan sebagai satu langkah baik dari PAPISMA untuk melahirkan satu gagasan yang dikenali sebagi professional mukmin. Gagasan professional mukmin ini merupakan usaha yang amat baik di dalam usaha untuk rebranding umat ISLAM dari segi imej dalaman dan juga luaran. Usaha ini memerlukan kepada re engineering dari segi pembangunan sumber manusia yakni melahirkan lebih ramai umat ISLAM yang mahir selok belok ISLAM walaupun mereka bergelar professional. Diharapkan usaha baik dari PAPISMA ini memberi satu nafas baru dan kelahiran semula umat ISLAM yang mampu menyajar, menyeiringkan dan menyepadukan kehidupannya sebagai hamba, khalifah dan juga pendakwah.

No comments:

Post a Comment