Friday, July 16, 2010

SENARAI NAMA PESERTA YANG TELAH MENDAFTAR




Kepada mereka yang telah disenaraikan, tahniah kerana membuat keputusan yang tepat untuk menyertai NICE 2010. Semoga usaha kita bersama mendapat keredaan dan keberkatan ALLAH SWT

Disini, para peserta sekalian di minta untuk mengesahkan penyertaan antum semua selewat-lewatnya sebelum 17 July 2010 dengan menghantar email ke: imanfinder@gmail.com...

Anda hanya perlu menghantar email pengesahan dengan menulis perkataan "HADIR". Sebarang pertanyaan bolehlah berbuat berhubung melalui email tersebut atau blog ini..

Kepada yang telah mendaftar tetapi nama tidak disenaraikan bolehlah memberitahu pihak kami dengan menghantar email ke email seperti di atas secepat mungkin. Kesilapan amat di kesali
Syukran jazilan..

SENARAI NAMA PESERTA YANG TELAH MENDAFTAR

list NICE

Thursday, July 1, 2010


Assalamualaikum kepada sahabat semua

Update terkini jumlah peserta yang telah mendaftar adalah seramai 60 peserta

Tempat adalah terhad kepada 100 peserta terawal yang mendaftar

Bagi yang berminat, silalah mengisi dan menghantar borang permohonan anda selewat-lewatnya sebelum 03 JULY 2010


Wednesday, June 30, 2010

SIAPAKAH MUKMIN PROFESSIONAL?


" Mukmin professional adalah mereka yang berkemampuan dalam menyajarkan dan menyepadukan pelaksaan fardhu ain dan fardhu kifayah, tanggungjawab hamba dan khalifah, kesinambungan ilmu naqli dan ilmu aqli, kesucian zikir dan kekuatan fizikal kehidupan...."

Realiti kehidupan masa kini, ISLAM sedang hebat di landa pelbagai cabaran dan rintangan, bak dari dalaman apatah lagi luaran. "Bencana rohani" seperti perpecahan, perang saudara, rasuah, keruntuhan akhlak yang pesat berkembang dengan kelajuan "bullet train" amat menggusarkan dan membimbangkan kita sebagai insan yang perihatin dengan ISLAM sebagai addin kita.

Hakikatnya, bencana rohani ini jauh lebih dasyat impaknya keatas ISLAM berbanding bencana alam yang meragut puluhan bahkan ratusan ribu nyawa seperti tragedi di ACHEH dahulu. tetapi sedarkah kita bahawa kedua-dua bencana ini saling berkaitan antara satu sama lain. Tepuk dada tanya di dalam hati kecil anda.

Berikutan faktor bencana rohani inilah ISLAM di pandang rendah, hina malah lebih dasyat lagi ISLAM dilabelkan sebagai pengganas. ISLAM bukan sahaja rendah di mata kafir di luar sana, malahan di kaca mata orang ISLAM sendiri yang mana mereka ini jahil sama sekali tentang ISLAM. Nama dan agama pada kad pengenalan sahaja tertera sebagai penganut ISLAM, tetapi akhlak dan kehidupan melambangkan yang sebaliknya.

Umat ISLAM pada masa kini, hari ini, di saat ini memerlukan satu proses penjenamaan semula yang total dan menyeluruh. Bukan berniat menubuhkan aliran apatah lagi agama baru, tetapi mencari pendekatan kontemporari dalam membawa kembali umat ISLAM ke acuan sebenar ISLAM seperti yang diperjuangkan Rasulullah saw.

Usaha ini merupakan satu keperluan memandangkan sudah acap kali ISLAM terhukum dek kerana kelemahan umatnya sendiri. Bukan kelemahan ISLAM kerana ISLAM tiada kelemahan, tetapi kejahilan umat ISLAM itulah yang membayangkan seolah-olah ISLAM itu lemah.

Penampilan NICE 2010 dengan moto PROFESSIONAL MUKMIN 24/7 di rasakan sebagai satu langkah baik dari PAPISMA untuk melahirkan satu gagasan yang dikenali sebagi professional mukmin. Gagasan professional mukmin ini merupakan usaha yang amat baik di dalam usaha untuk rebranding umat ISLAM dari segi imej dalaman dan juga luaran. Usaha ini memerlukan kepada re engineering dari segi pembangunan sumber manusia yakni melahirkan lebih ramai umat ISLAM yang mahir selok belok ISLAM walaupun mereka bergelar professional. Diharapkan usaha baik dari PAPISMA ini memberi satu nafas baru dan kelahiran semula umat ISLAM yang mampu menyajar, menyeiringkan dan menyepadukan kehidupannya sebagai hamba, khalifah dan juga pendakwah.

Tuesday, June 29, 2010

UPDATE PENDAFTARAN NICE 2010


Assalamualaikum kpd Sahabat semua...

Pendaftaran NICE 2010 masih terbuka kpd semua sahabat..

Setakat ini, sudah 40 orang peserta mendaftar...

Tempat hny terhad kepada 100 orang...

Sila mendaftar secepat mungkin sebelum tarikh tutup/ tempat penuh..

Syukran Jazilan..

Thursday, June 24, 2010

NICE 2010 Tentative *updated



Ibnu Sina Conference





Community Engagement



Friday, June 18, 2010

Masa Untuk Santai Seketika....



Ana nak share sikit dengan sahabat semua satu cerita yang banyak beri pengajaran pada ana..

Ana percaya, Pengalaman adalah cikgu yang paling banyak 'denda' kita sebab cikgu ni pelik sikit..Dia suka bagi 'exam' dulu, kemudiannya baru bagi 'lesson'.
Lazimnya, kita dapat lesson dulu, baru ujian kan...

Meh ana cite pada sahabat2 semua... lebih kurang macam nie la bunyi dia.. dalam english sedap sikit sebab asal dalam english, kalau tukaq jadi melayu jadi kurang gula ngan garam dia...

"During David's second month of college, his professor gave them a pop quiz. He was a conscientious student and had breezed through the questions until he read the last one: "What is the first name of the woman who cleans the school?"

Surely this was some kind of joke. He had seen the cleaning woman several times. She was tall, dark-haired and in her 50s, but how would he know her name? He handed in his paper, leaving the last question blank. Just before class ended, one student asked if the last question would count toward our quiz grade.

"Absolutely," said the professor. "In your careers, you will meet many people. All are significant. They deserve your attention and care, even if all you do is smile and say "hello".

So, berbuat baiklah pada semua orang... senyum-senyumlah selalu.. Semoga ALLAH sentiasa memberkati kita semua...

SCENERY OF ORANG ASLI VILLAGE


"Saya punya lagi cantik!", jerit seorang kanak-kanak dalam perjuangan memburu kemenangan


"Baik-baik doktor, nanti terpercik darah saya sebab tinggi sangat", ingatan dari pesakit.


Seorang bakal doktor sedang beraksi....


Ni kalau Google search sah-sah gambar aku paling banyak orang view.. xpercaya cuba google search! Obama, beckham ngan Bill Gate pun kalah!


Unik kan? Kat mane lagi nak lihat macam ni kalau tak kat kampung orang asli.. Apa lagi, JOMLA sertai NICE 2010 sekarang!


Cuba teka, apa yang sedang orang dalam gambar tu buat?


Rumahku, syurgaku... Rumah kayu pon jadi daa... Cantik kan...

Menarik kan??
Bak kata keramaian "menarik, tertarik, jatuh cinta"
Kalau dah jatuh cinta, JOMLA sertai NICE 2010 sekarang!

There are three types of people in this world: those who make things happen, those who watch things happen and those who wonder what happened.

Anda yang mana?

Kenapa agaknya admin nih... tulis perkara yang takde kaitan ngan NICE jer... loghat utara cakap "takdak kena mengena" ( bersempena program NICE di Utara)

Anda SALAH... kaitannya mudah... apakah kita mahu jadi kumpulan ke-2/ ke-3... yang hanya melihat dan bercerita tentang sesuatu yang berlaku tanpa 'sentuhan ajaib tangan kita'...

Apa lagi... Ayuh kita sahut cabaran NICE kali ini...

Adakah anda sedang mencari-cari metodologi terbaik untuk jadi PROFESSIONAL MU"MIN 24/7?
Usah susah-susah... NICE 2010 ada jawapannya... Sertailah sekarang! Anda pasti punya alasan untuk tersenyum panjang!

"Never let the odds keep you from doing what you know in your heart you were meant to do."

Thursday, June 17, 2010

PENGUMUMAN!


Borang pendaftaran NICE 2010 telah DILANCARKAN!
Tarikh Tutup Pengisian Borang adalah 03 JULY 2010

Untuk mengisi borang, silalah klik di sini




"The spaces between your fingers were created so that another's could fill them in."

Mesti tertanya-tanya apa maksud title kat atas..kan?kan?

Lets put it simple: Maksudnya, kita semua kenelah bersatu padu dan bekerjasama walau di dalam apa2 hal dan perkara..kene sepakat.. sepakat kan membawa berkat, ringan2kan yang berat..Apa tunggu lagi??Come and join us. Together we digging for the knowledge at in-coming NICE 2010..

Dekat sini, ana enclose details about NICE as well...
Sebarang kemusykilan silalah shout di kotak kosong kat sebelah/ email terus ke ana di:

imanfinder@gmail.com

Participant:
Medical students, Pharmacy students, Dental studenta, Nursing and all Allied of Health students from international and local universities

Conference venue:
Pusat Latihan Kemas, Sungai Siput (U) Perak DR

Registration Fee:
Early bird registration: RM50.00
Late registration: RM65.00

"Coming together is a beginning.
Keeping together is progress.
Working together is success. "

Wednesday, June 16, 2010

Hadith of the day


Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”

(Bukhari dan Muslim)


Huraian:
Dalam berdakwah terdapat tatacara yang perlu diamalkan agar segala apa yang disampaikan menjadi ikutan. Antaranya ialah kita dilarang daripada menyukarkan manusia dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Contohnya ketika kita menjadi imam di dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmum yang ada bersama kita terdiri daripada mereka yang lemah dan sakit, tua dan sebagainya. Nabi juga menyuruh kita mengembirakan manusia bukan menjadikan mereka merasa benci dengan ajaran yang kita sampaikan. Oleh itu kita hendaklah mendahulukan perkara-perkara yang menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan. Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara yang berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat dari agama dan kebenaran. Sebalikanya jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat dan tahap tertentu bukan bersifat drastik dan melulu.

CALLING FOR PARTICIPATION



PAPISMA Membongkar Rahsia Gaya Hidup Professional Mu'min 24/7 dengan Mudah Dan Berkesan!

Hanya 5 Hari dan Anda Pasti Terkejut Dengan Kesannya! Ragu-Ragu?? Sertai NICE 2010 hari ini!

Tarikh: 29 July - 02 August 2010
Tempat: Pusat Latihan Kemas, Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

Maklumat berkaitan program akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan sila kemukakan di shoutbox blog ini atau emailkan kepada :

Saudara Hafis
imanfinder@gmail.com

Wassalam